Petang ini, penulis sisipkan beberapa gambar yang sempat dirakamkan dalam Kuliah Pemuda di Balai Islam Jengka 16 malam tadi. Kuliah agama ini membincangkan bab-bab fardhu ain dan permasalahan umum umat Islam masa kini. Sekadar satu pengisian agama di waktu cuti hujung minggu. Kuliah diadakan setiap minggu pada hari Jumaat, bermula selepas Maghrib. Cuma kuliah minggu ini terpaksa ditunda ke malam tadi kerana masing-masing ada urusan pada hari Jumaat.
Kepada semua pemuda Jengka 16 dan kawasan sekitarnya, jemputlah bersama menghadiri majlis ilmu ini, semoga mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah, insyaAllah..








No comments:
Post a Comment