Petang ini secara rasminya saya membina sebuah lagi laman blog yang bernama Dari Galeri Kehidupan, yang akan memaparkan perjalanan hidup saya dalam bentuk gambar. Bertepatan dengan kejayaan saya memiliki sebuah telofon bimbit MyIman yang sudah lama diimpikan, saya berpeluang untuk merakamkan gambar-gambar untuk diabadikan dalam blog ini.. Insya Allah..
Buat permulaan ini saya abadikan 2 gambar saya yang terbit dalam 2 surat khbar utama, iaitu Utusan Malaysia dan The Star.. Kedua-duanya berkenaan irama tradisional dikir barat, antara seni budaya kegemaran saya sejak dahulu..
Gambar 1 :
Gambar ini dari Utusan Malaysia. Tersiar pada 11 Jun 2008. Laporan mengenai kemeriahan Festival Seni Universiti Malaya yang menyaksikan kumpulan Dikir Barat Seri Tujuh, Kolej Kediaman Ketujuh, UM berjaya merangkul Johan dalam pertandingan berkenaan. Saya juga diangkat sebagai Tok Jogho Terbaik, huhu.. (poyo je..)
Saya berbaju putih (dua dari kiri)Gambar 2:
Gambar dari The Star Online. Terbit pada 15 November 2007. Laporan mengenai penggiat dikir barat terunggul, Halim Yazid yang juga pensyarah di Pusat Kebudayaan UM. Kami hanya memanggil beliau Abe Halim. Satu kenangan manis dapat berkenalan dengan Abe Halim yang sangat terkenal dengan lagu 'Anak Tupai'..
Saya yang dok tersengih tu la..Yang paling kiri tu bekas rakan sebilik saya di UM, Mat Din. Sebelah Mat Din tu, namanya Koyie, seorang anak kepada penggiat dikir barat tersohor di Kelantan.
p/s : Glamor sekejap je..hehe