Friday, November 20, 2009

Kenanganku Bersamamu : I Luv You All....

Salam, selamat bertemu kembali...

Coretan kali ini adalah berkenaan pelajar-pelajar saya di SMK Jengka 21, mereka inilah yang menceriakan saya sepanjang lebih 3 bulan saya bertugas di sana..

SMK Jengka 21

sekolah yang mendamaikan

Berikut gambar pelajar kelas 2 Gamma yang nakal ya amat, hehe :

Azrul dan Najib tunjuk ke'rajin'an

Shafizan, Najib, Firdaus, saya, Yuslan dn Kamarol

Sesi bersembang ketika cikgu sedang mengajar

Iskandar, Syahrol, Yuslan, Sukri, saya dan Azrol

Bebudak laki wat mesyuarat agong, hehe

Berikut gambar ketika jamuan kesyukuran 4 Iltizam :

Affizul Azlan..hehe


Sampai terpejam mata kau..


Jejaka idaman Malaya, Omar, Azlan dan Amirul sedang 'mencekik'

Epi binti Wahid

Sahida dan Hasanah

Paling happening, Ain and Dayah

Zati with her peace

Berikut gambar ketika minggu peperiksaan :

Final year exam..

Pekse akhir tahun, hehe

Study group dalam kelas, hehe..ye ke??

Lagi study group..

Azman dan Amirul..


p/s : Selamat berjaya kepada semua warga pelajar SMK Jengka 21, jika ada rezki dan kesempatan lagi, InsyaAllah..kita akan bertemu lagi tahun depan..doa-doakanlah ye.. hehe

Sunday, November 8, 2009

Dari Sempurna Resort Kuantan : Program PBC Yang Menakjubkan..!!

Salam, selamat bertemu kembali..

Harap semuanya dalam keadaan baik. Seperti mana yang saya janjikan dalam artikel yang lalu, saya akan berkongsi dengan pembaca semua mengenai aktiviti kehidupan saya pada hujung minggu lalu. Sebenarnya saya bersama sahabat karib saya, Fairus ber'kampung' di Inderapura, Kuantan selama 2 hari 1 malam bagi mengikuti program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) anjuran Kelab Pengarah Jati HPA Pahang (KPPP) yang bertujuan untuk memerikan input-input terbaru dan pemahaman lebih mendalam mengenai perjuangan Islam melalui produk-produk halal keluaran HPA.

Satu program yang sangat sangat bagus bagi menyedarkan masyarakat Islam betapa pentingnya aspek hala dan haram dalam kehidupan seharian kita. Paling tidak dapat dilupakan adalah pengalaman bertemu dan beramah mesra dengan kawan-kawan baru.. Kumpulan saya yang dibimbing oleh fasilitator PJ Kak Rosidah telah dipilih sebagai Kumpulan Terbaik Program PBC kali ini. Saya sendiri juga diumum sebagai Peserta Lelaki Terbaik Program, alhamdulilah.. Terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang kami beri nama kumpulan Ikhlas..


Untuk santapan mata pembaca semua, dipersembahkan galeri kehidupan saya hujung minggu yang lalu :

Lokasi program : Sempurna Resort Kuantan..


Tempat anak-anak bermain air..syokkk, hehe




Ahli Lembaga Pengarah HPA, Tn.Haji Khalid Iskri bersama Us.Azhar

Haji Khalid menyampaikan ceramah

Haji Khalid bersama PJM En.Jaafar Abd.Ghani

Program Qiamullail diketuai Us.Azhar Jaafar

Khusyuk mendengar kuliah Subuh

Amir masih mengantuk, haha..bangun pkul 4 pagi..

Fitri dan Faizrul..

Amir lagi, gambar sorang je die..

Saya dan Haji Hanif

Ada gaya Pengarah Jati tak ??

Us.Khamri senyum riang, member sebelah masam catung

Saya dan Us.Khamri

Saat diumum Kumpulan Terbaik Program : Haji Hanif menerima hadiah..

Saya diumum Peserta Terbaik, alhamdulillah...

Saya 'mengarut' kat depan, hehe

PJ En.Wan

Saya dan PJ En.Wan

PJM/PJS En.Jaafar Abd.Ghani

Kemesraan En.Jaafar akan saya kenang sampai bila-bila..

En.Jaafar selaku pengarah program memberi ucapan penutup..

Barisan bakal pimpinan muslimat HPA akan datang..

Sesi 'nangis-nangis', huhu..sedih berpisah..

Insan yang membimbing saya, En.Fairus

En.Fairus, saya dan Haji Hanif

Kumpulan saya..
Mudah-mudahan, kita dipertemukan lagi oleh Allah.. kalian memang best..!!


KAMI IKHLAS..
KAMI IKHLAS..
KAMI IKHLAS..
HPA....BOLEH..
INSYA ALLAH...




p/s : Perjuangan menegakkan kebenaran sememangnya penuh ranjau dan liku.. Ya Allah, kekalkanlah kami berjuang di jalan Mu..

Friday, November 6, 2009

Ekspedisi Mengutip Keladi di Ladang Sawit

Salam, selamat bertemu kembali..

Petang semalam, saya, mak, abang, kak ipar dan anak-anaknya melakukan 'ekspedisi' mengutip sayur batang keladi di ladang sawit ayahanda di Jengka 16. Tujuannya?? untuk buat juadah kenduri ler.. Esok ayah kak ipar saya (merangkap besan ayah saya dan pak mentua abang) mengadakan kenduri kesyukuran di rumahnya di Jengka 19 sempena keberangkatannya menjadi tetamu Allah pada tahun ini.. Syukur, semoga selamat jalan dan selamat pulang..

Ini dipersembahkan, galeri kehidupan saya petang semalam, hehe :

Ni saya

Ni ladang sawit ayahandaku

Ni hutan keladi..

Abang Jai dan Kak Na

Mak pun turun padang..

Mak masuk dalam hutan..??

BUKTI KUKUH mak memang turun padang..

Bukti saya turun padang (tepi padang, tolong angkat jew..)

2 budak ni main lumba lari..nakal bebenor..

Berani dia 'slide' depan aku

Haha, padan muka..dah letih sampai terduduk

2 budak bertuah..

Angkat jangan tak angkat..

Anak sungai yang tenang airnya..

p/s : Banyak lagi gambar, tapi cukup la takat ni ye..jumpe lagi mggu depan.. saya akan ke Kuantan pagi esok, untuk apa??? tunggu ye.. galeri kehidupan Pak Tam akan bersambung..

Sunday, November 1, 2009

Kuliah Pemuda di Balai Islam Jengka 16

Salam, selamat bertemu kembali..

Petang ini, penulis sisipkan beberapa gambar yang sempat dirakamkan dalam Kuliah Pemuda di Balai Islam Jengka 16 malam tadi. Kuliah agama ini membincangkan bab-bab fardhu ain dan permasalahan umum umat Islam masa kini. Sekadar satu pengisian agama di waktu cuti hujung minggu. Kuliah diadakan setiap minggu pada hari Jumaat, bermula selepas Maghrib. Cuma kuliah minggu ini terpaksa ditunda ke malam tadi kerana masing-masing ada urusan pada hari Jumaat.

Kepada semua pemuda Jengka 16 dan kawasan sekitarnya, jemputlah bersama menghadiri majlis ilmu ini, semoga mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah, insyaAllah..












Wednesday, October 28, 2009

Glamor Sekejap di Dada Akhbar..

Salam perkenalan..

Petang ini secara rasminya saya membina sebuah lagi laman blog yang bernama Dari Galeri Kehidupan, yang akan memaparkan perjalanan hidup saya dalam bentuk gambar. Bertepatan dengan kejayaan saya memiliki sebuah telofon bimbit MyIman yang sudah lama diimpikan, saya berpeluang untuk merakamkan gambar-gambar untuk diabadikan dalam blog ini.. Insya Allah..

Buat permulaan ini saya abadikan 2 gambar saya yang terbit dalam 2 surat khbar utama, iaitu Utusan Malaysia dan The Star.. Kedua-duanya berkenaan irama tradisional dikir barat, antara seni budaya kegemaran saya sejak dahulu..

Gambar 1 :

Gambar ini dari Utusan Malaysia. Tersiar pada 11 Jun 2008. Laporan mengenai kemeriahan Festival Seni Universiti Malaya yang menyaksikan kumpulan Dikir Barat Seri Tujuh, Kolej Kediaman Ketujuh, UM berjaya merangkul Johan dalam pertandingan berkenaan. Saya juga diangkat sebagai Tok Jogho Terbaik, huhu.. (poyo je..)

Saya berbaju putih (dua dari kiri)

Gambar 2:

Gambar dari The Star Online. Terbit pada 15 November 2007. Laporan mengenai penggiat dikir barat terunggul, Halim Yazid yang juga pensyarah di Pusat Kebudayaan UM. Kami hanya memanggil beliau Abe Halim. Satu kenangan manis dapat berkenalan dengan Abe Halim yang sangat terkenal dengan lagu 'Anak Tupai'..

Saya yang dok tersengih tu la..

Yang paling kiri tu bekas rakan sebilik saya di UM, Mat Din. Sebelah Mat Din tu, namanya Koyie, seorang anak kepada penggiat dikir barat tersohor di Kelantan.


p/s : Glamor sekejap je..hehe